ALL TERRAIN VEHICLE (ATV)
LIABILITY RELEASE FORM
Saya, dengan ini, mengakui dan bersetuju untuk menggunakan ALL TERRAIN VEHICLE (ATV) dibawah tanggung jawab saya dan dengan ini melepaskan Ezzyride Enterprise atas segala tanggungan atau dakwaan atau tuntutan yang berlaku apabila menggunakan ATV.
Segala kadar harga berkaitan dengan penyewaan ATV boleh diubahsuai.
Saya akan memulangkan kembali ATV pada akhir waktu yang ditetapkan. Saya tidak akan member kebenaran atau membiarkan sesiapapun menaiki ATV selain daripada diri saya sendiri atau individu yang dibenarkan oleh pihak Ezzyride Enterprise. Saya tidak akan mengabaikan ATV yang berada di bawah tanggungjawab saya dan ATV tersebut tidak akan digunakan diatas jalan raya tanpa kebenaran pihak Ezzyride Enterprise.
Saya tidak akan menaiki ATV dengan cuai, tidak berhati-hati atau melakukan aksi-aksi yang membahayakan mahupun menaiki ATV dibawah pengaruh minuman yang memabukkan atau pengaruh dadah. Saya bersetuju untuk patuh dengan segala peraturan-peraturan yang berkaitan untuk menggunakan ATV dan juga akan mematuhi segala arahan atau isyarat yang diberikan oleh pembimbing yang ditugaskan. Pihak Ezzyride Enterprise mempunyai hak untuk menarik balik, memberhentikan atau melarang saya dari menggunakan ATV tersebut jika pihak Ezzyride Enterprise merasakan bahawa saya membahayakan diri saya sendiri dan individu-individu lain atau menyalahgunakan ATV. Dalam keadaan tersebut, pembayaran balik atau mengetepikan harga-harga sewa atau upah tidak akan dilayan.
Saya berjanji akan memberitahu pihak Ezzyride Enterprise dengan serta merta jika mengalami kerosakan atau kemalangan yang berlaku ke atas ATV ataupun diri saya. Saya bersetuju untuk membayar segala kerosakan atau pembaikian dan penggantian bahagian-bahagian ATV jika disengajakan atau menyebabkan ATV rosak pada waktu yang disewakan.
Saya akan meneliti peraturan-peraturan & undang-undang menaiki ATV yang berkenaan:
• Aksi-aksi seperti memecut, “rough riding” atau menaiki dengan kasar, & melebihi had muatan adalah dilarang sama sekali.
• Saya akan bertanggunggjawab atas penumpang sekiranya membawa penumpang.
• Had kelajuan yang ditetapkan ialah 30 kmj untuk jalan raya (“tar road”) & 40kmj untuk bukan jalan raya (“OFF-road”).
• Kasut yang bersesuaian perlu dipakai
• Kanak-kanak dibawah 6 tahun tidak dibenarkan menaiki ATV
Saya tidak akan menuntut sebarang jumlah dari pihak Ezzyride Enterprise atas sebarang penundaan, kesulitan atau kehilangan masa yang berpunca dari kemalangan, kerosakan enjin dan apa-apa kerosakan pada ATV atau dari lain-lain punca dan sewaktu dengannya.
CHARGES & ROUTE
2. Budget Ride - RM 50.00 (30 minutes)
3. Route A - RM 80.00 (1 hour)
- highlights : Off-road rides through palm oil plantation and "Dataran Ezzy".
4. Route B - RM 130.00 (2 hours)
- highlights : Off-road rides through palm oil plantation, sugarcane plantation, pineapple
plantation, and a looksee of Bird Watch by the Klang river's bank.
5. Route C - RM 180.00 (3 hours)
- highlights : Hardcore off-road rides through palm oil plantation, 'Orang Asli' village then
heading to Bukit Kemandul while passing through a natural lake ecologically
and lastly enjoying a sip of coconut spritz for refreshment!
No comments:
Post a Comment